Wednesday, 24 December 2008
PENYELARASAN PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI
Mood:
energetic
PENYELARASAN PENTADBIRAN ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI
1. Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan:-
a. Majlis Raja-Raja
b. Majlis Tanah Negara
c. Majlis Kewangan Negara
d. Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
2. Majlis yang ditubuhkan tetapi tidak termaktub di dalam Perlembagaan iaitu:
i. Majlis Air Negara
ii. Majlis Perumahan Negara
iii. Najlis Perhutanan Negara
3. Majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan ialah:
a. Majlis Pembangunan Negara
b. Majlis Keselamatan Negara
Sumber Kewangan Kerajaan Negeri
1. Cukai langsung seperti hasil lombong, cukai tanah, hutan, parit dan tali air
2. Cukai tidak langsung seperti hiburan
3. Hasil bukan cukai seperti zakat, fitrah, baitulmal, lesen, royalti petroleum, kayu kayan, sewaan harta dan bayaran perkhidmatan
4. Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan berasaskan kepada
i. Bilangan penduduk
ii. Panjang jalanraya
PENYELARASAN PENTADBIRAN ANTARA KEMENTERIAN
1. Antara majlis dan jawatankuasa yang ditubuhkan ialah:-
i. Majlis Tindakan Negara
ii. Majlis Perancangan Negara
iii. Majlis Keselamatan Negara
iv. Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet
MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA
1. Matlamat penubuhan MTEN ialah:-
i. Memperkukuh asas ekonomi Negara agar mampu mencapai taraf Negara maju
ii. Mengelakkan Negara daripada kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit dan saham
iii. Memulihkan ekonomi Negara supaya berdaya saing di peringkat global
iv. Memulihkan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk terus melabur
JAWATANKUASA KHAS PENYELARAS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI
1. Jawatankuasa Perhubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri
a. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah yang wujud antara kerajaan Negeri dengan kementerian Persekutuan
b. Jawatankuasa ini dianggotai
i. Ketua Setiausaha Negara
ii. Ketua-ketua Setiausaha Kementerian
iii. Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Mesyuarat Menteri Besar/Ketua Menteri
Posted by bayulalang
at 9:41 AM EST

PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Mood:
energetic
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1. Bidang kuasa:-
i. Membuat undang-undang kecil untuk dilaksanakan di bawah PBT
ii. Mengutip cukai harta benda, sewa gerai dan mengeluarkan lessen kedai kopi dan lessen menjaja
iii. Menubuh dan menguruskan Kumpulan Wang PBT
2. Fungsi:-
i. Menerima dan melaksanakan arahan kerajaan negeri
ii. Menyelaraskan dasar-dasar kerajaan tempatan dengan dasar kerajaan Pusat
iii. Menjalankan kerja membersih kawasan
iv. Mengawal, menyewa dan menguruskan pasar dan pasar malam
v. Menjaga keindahan kawasan dan menyediakan kemudahan reakrasi
3. Kerajaan Negeri membuat kawalan ke atas kerajaan tempatan dari segi:-
a. Mengawal sempadan dan status perbandaran
b. Melantik dan memecat Ahli Majlis PBT
c. Meluluskan belanjawan dan pinjaman kerajaan tempatan
d. Memberi arahan tentang pelaksanaan dasar agar dipatuhi kerajaan tempatan
e. Mengesahkan undang-undang kecil yang dibuat atau dipinda oleh kerajaan tempatan
4. Kerajaan Tempatan terbahagi kepada 3, iaitu:
i. Dewan/Majlis Bandaraya
ii. Majlis Perbandaran
iii. Majlis Daerah
5. Sumber kewangan PBT boleh diperolehi daripada:-
i. Peruntukan tahunan kerajaan Persekutuan yang berpandukan beberapa perkara antaranya:
a. Bilangan penduduk di bawah kawalan PBT itu
b. Jumlah kutipan yang diperoleh kerajaan tempatan
c. Keluasan kawasan di bawah penguasa tempatan
ii. Peruntukan daripada kerajaan negeri
iii. Sumber - sumber lain seperti:
a. Cukai taksiran seperti cukai pintu
b. Bayaran lessen penjaja, pusat hiburan, kedai kopi dan lessen anjing
c. Bayaran perkhidmatan dan dendaan
d. Sewaan tempat berjaja, sewa ruang gerai di pasar dan pasar malam
Posted by bayulalang
at 1:07 AM EST

Tuesday, 23 December 2008
PERINGKAT PENTADBIRAN NEGERI DI MALAYSIA
Mood:
energetic
Peringkat Pentadbiran Negeri Di Malaysia
Semenanjung Malaysia
| Peringkat | Pentadbir |
| Daerah | Pegawai Daerah/Jajahan (Kelantan) |
| Mukim | Penghulu/Penggawa (Kelantan) |
| Kampung | Ketua Kampung/Penghulu (Kelantan) |
Sarawak
| Peringkat | Pentadbir |
| Bahagian | Residen |
| Daerah | Pegawai Daerah |
| Daerah Kecil | Pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak |
| Kampung | Penghulu |
Sabah
| Peringkat | Pentadbir |
| Daerah | Pegawai Daerah |
| Kampung | Ketua Kampung |
Posted by bayulalang
at 10:29 AM EST

Raja/Sultan/Yang DiPertuan Besar
Raja - Negeri Perlis
Sultan - Negeri Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor
Yang DiPertuan Besar - Negeri Sembilan
Kuasa Eksekutif
1. Melantik Menteri Besar
2. Melantik waris, permaisuri dan pemangku raja
3. Melantik ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
4. Menganugerahkan bintang kehormatan
5. Bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
6. Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco Negeri) atas nasihat Menteri Besar
7. Ketua agama Islam bagi negerinya
8. Berhak mendapat maklumat pentadbiran kerajaan negeri daripada MMKN
Kuasa Perundangan
1. Baginda sebahagian komponen Dewan Undangan Negeri(DUN)
2. Merasmi persidangan penggal pertama Dewan Negeri
3. Memperkenan rang undang-undang yang diluluskan oleh DUN
4. Boleh membubarkan DUN atas nasihat Menteri Besar
5. Boleh menolak permintaan Menteri Besar untuk bubar DUN
Kuasa Kehakiman
1. Melantik majistret
2. Pentadbiran Mahkamah Syariah
3. Memberi pengampunan kepada pesalah yang membuat salah di negeri baginda kecuali pesalah di Mahkamah Tentera
Kuasa Budi Bicara
1. Melantik Menteri Besar yang beragama Islam dari keturunan Melayu
2. Bersetuju atau menolak permintaan bubar DUN
3. Melantik waris takhta, permaisuri, pemangku raja atau jamaah pemangku raja
4. Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang hak istimewa raja-raja
5. Melaksanakan tugas sebagai ketua agama Islam
6. Penganugerahan bintang kehormatan
Yang DiPertua Negeri
1. Gelaran bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
2. Dilantik oleh YDPA setelah memenuhi syarat:
a. Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang
b. Mendapat persetujuan 2/3 ahli DUN dan mengemukakan nama kepada Perdana Menteri untuk dipersembahkan kepada YDPA untuk dilantik
c. Boleh dipecat selepas mendapat persetujuan 2/3 DUN
d. Tempoh jawatan 4 tahun dan boleh dilantik untuk penggal seterusnya
3. Tugas beliau ialah:
a. Melantik Ketua Menteri
b. Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
c. Merasmikan persidangan DUN
d. Membubarkan DUN
e. Melantik majistet di negeri sendi negeri
4. Tidak terlibat dalam pemilihan YDPA
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
1. Diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri
2. Ahli MMKN memegang jawatan selama diperkenankan oleh raja/sultan/Yang DiPertua Negeri
3. Ahli MMKN tidak tidak boleh menjalankan perniagaan yang berkait rapat dengan jawatan mereka
4. Di Sabah MMKN dikenali sebagai Kabinet Negeri
5. Di Sarawak MMKN dikenali sebagai Majlis Tertinggi
6. Di Semenanjung ahli MMKN dikenali sebagai Exco, manakala di Sabah dan Sarawak ahli MMKN dikenali sebagai Menteri
7. MMKN bertindak sebagai badan penyelaras utama peringkat negeri bagi memutuskan sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan
8. Fungsi MMKN:-
a. Membuat dasar-dasar peringkat negeri
b. Menggubal undang-undang dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama
c. Menjalankan pentadbiran negeri dalam perkara-perkara Senarai Negeri
Menteri Besar/Ketua Menteri
Tugas
1. Mentadbir kerajaan negeri dan menjadi penasihat kepada raja/sultan
2. Memilih ahli MMKN
3. Mengetuai MMKN
4. Pengerusi Majlis tindakan Negeri
5. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri
6. Membekalkan maklumat pentadbiran, dasar dan hal-ehwal negeri kepada raja/sultan/Yang DiPertua Negeri
7. Mengiringi raja/sultan/Yang DiPertua Negeri ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
1. Fungsi SPA Negeri ialah:-
a. Melantik kakitangan perkhidmatan negeri
b. Mengurus kenaikan pangkat
c. Mengenakan tindakan tatatertib
d. Penempatan kakitangan
2. SPA Negeri terdapat di negeri berikut:
a. Johor
b. Kedah
c. Kelantan
d. Pahang
e. Perak
f. Sabah
g. Sarawak
h. Selangor
i. Terengganu
3. Negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan, perlantikan kakitangan awam negeri dilaksanakan oleh SPA Persekutuan.
Posted by bayulalang
at 10:14 AM EST

Sunday, 21 December 2008
MAJLIS KEWANGAN NEGARA
Mood:
energetic
Majlis Kewangan Negara
1. Majlis ini berperanan sebagai badan perunding dalam perkara-perkara berikut:
i. Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
ii. Pinjaman yang hendak dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
iii. Pinjaman oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan
iv. Projek-projek pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
2. Kerajaan Negeri memperoleh peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan berpandukan kepada
i. Bilangan penduduk
ii. Panjang jalan raya bagi negeri di Semenanjung Malaysia
Posted by bayulalang
at 4:41 AM EST

AGENSI KERAJAAN
Mood:
energetic
AGENSI KERAJAAN
1. Agensi Pusat
Unit Perancangan Ekonomi
Fungsi:
i. Menyediakan rancangan pembangunan tahunan dan rancangan 5 tahun
ii. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
iii. Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan
iv. Menasihati kerajaan tentang kedudukan ekonomi Negara
v. Mengkaji semula rancangan 5 tahun setelah dilaksanakan
vi. Menjalankan penyelidikan sosioekonomi
vii. Menjadi urusetia kepada
a. Majlis Perancang Negara
b. Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara
c. Jawatankuasa Pelaburan Antarabangsa Panel Ekonomi
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
Fungsi:
i. Menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan Negara
ii. Memastikan dasar-dasar kerajaan mencapai matlamatnya
iii. Memastikan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam perlaksanaan program pembangunan Negara.
iv. Menyelia dan mengawasi agensi-agensi dan perbadanan awam seperti PETRONAS, HICOM, PERNAS dan lain-lain supaya selaras dengan dasar kerajaan.
v. Membantu kerajaan dalam meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
vi. Menyediakan pusat khidmat menyelesaikan masalah kontraktor Bumiputera.
vii. Menjadi Urusetia kepada Majlis Pembangunan Negara.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Fungsi :
i. Menggubal dasar-dasar berkaitan kakitangan kerajaan iaitu :
-dasar pengambilan dan penamatan kerja
-skim gaji, elaun dan pencen
-perlantikan, kenaikan pangkat dan disiplin
ii. Menyediakan kemudahan latihan kakitangan awam menerusi INTAN
Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Fungsi:
i. Memodenkan system pentadbiran kerajaan
ii. Memberi khidmat perundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan
iii. Mencadangkan pembaharuan dalam system pengurusan pejabat kerajaan
iv. Meningkatkan kecekapan di kalangan kakitangan kerajaan
v. Membangunkan pembangunan teknologi maklumat dan penggunaan automasi pejabat di sektor awam
Perbendaharaan
Fungsi:
i. Merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan Negara
ii. Merangka peruntukan belanjawan kerajaan
iii. Menganalisis perdagangan antarabangsa
iv. Menguruskan wang negara
v. Mendapatkan wang untuk kerajaan menerusi percukaian dan pinjaman
vi. Menyelia dan mengawal industry insurans Negara
vii. Mengagihkan sumber kewangan kepada agensi-agensi kerajaan
viii. Menggubal dasar dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan sektor awam
2. Agensi Pelaksana
a. Bertanggungjawab melaksanakan projek dan program yang telah dirancang oleh agensi pusat kepada rakyat
b. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan untuk rakyat
c. Contoh; kementerian, jabatan, badan berkanun, Dewan Bandaraya
PERBADANAN AWAM
1. Terdapat 2 jenis perbadanan awam iaitu Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun
Perbezaan antara Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun
| Bil | Perkara | Badan Berkanun | Badan Tidak Berkanun |
| 1 | Penubuhan | Akta Parlimen atau Enekmen Negeri | Akta Syarikat |
| 2 | Kawalan Menteri | Dikawal secara longgar | Dikawal secara tidak langsung |
| 3 | Belanjawan Tahunan | Tertakluk pada kawalan agensi pusat | Tidak tertakluk pada kawalan agensi pusat |
| 4 | Kebebasan kegiatan | Terikat dengan kerajaan | Lebih bebas menjalankan kegiatan |
| 5 | Peminjaman kakitangan | Boleh dilakukan | Tidak boleh dilakukan |
| 6 | Pengambilan kakitangan | Perlu dirujuk kepada JPA dan Perbendaharaan | Bebas melantik kakitangan |
| 7 | Bentuk syarikat | Tidak berbentuk syarikat induk | Berbentuk syarikat induk |
MAJLIS-MAJLIS
1. Ditubuhkan melalui Perlembagaan Persekutuan ialah:
i. Majlis Kewangan Negara
ii. Majlis Tanah Negara
iii. Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
iv. Majlis Raja-Raja
** Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menyelaraskan pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
2. Ditubuhkan oleh kerajaan iaitu:
i. Majlis Perancang Negara
ii. Majlis Pembangunan Negara
iii. Majlis Keselamatan Negara
** Majlis ini ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras antara kementerian
Posted by bayulalang
at 3:04 AM EST

Saturday, 20 December 2008
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
1. Beliau merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja dan juga bertindak sebagai Jurucakap Majlis Raja-Raja
2. Tempoh jawatan beliau adalah selama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
3. Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ialah:
a. Mentadbir Majlis Raja-Raja dengan memanggil dan mengedarkan kertas kerja
b. Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja dari semasa ke semasa
c. Menghadiri, mencatat minit dan menyimpan minit mesyuarat
d. Mengesahkan dan mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja
SURUHANJAYA PILIHANRAYA
1. SPR berfungsi untuk:
i. Membuat pendaftaran pemilih
ii. Menyemak daftar pemilih
iii. Menjalankan pilihanraya bagi Persekutuan dan Negeri
iv. Mempersempadankan kawasan pilihanraya
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
1. Tugas-tugas SPA ialah:
i. Melantik kakitangan awam
ii. Mengesah dan memasukkan kakitangan ke jawatan tetap/berpencen
iii. Menaikkan pangkat kakitangan
iv. Menukar kakitangan
v. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap kakitangan
KETUA AUDIT NEGARA
1. Tugas beliau ialah:
i. Menyemak semua akaun perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan
ii. Menyediakan satu laporan mengenai perbelanjaan kerajaan untuk perhatian YDPA
PERDANA MENTERI
1. PM dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat YDPA beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli
2. PM mestilah seorang warganegara melalui kuatkuasa undang-undang
3. Jawatan PM boleh dikosongkan melalui usul tidak percaya dan disokong oleh 2/3 ahli Dewan Rakyat
4. Jika usul tidak percaya diluluskan oleh Dewan Rakyat, PM mempunyai 2 pilihan, iaitu:
i. Meletak jawatan
ii. Memohon kepada YDPA supaya membubarkan Parlimen
5. Jika PM meletak jawatan, menteri-menteri lain juga perlu meletak jawatan
6. Tugas PM ialah:
a. Menasihati YDPA dalam hal ehwal pemerintahan Negara
b. Menamakan ahli kabinet
c. Menentukan portfolio kabinet
d. Menyelaras dasar kerajaan dan menyelia tugas para menterinya
e. Menjadi jurucakap utama negara
f. Menasihati YDPA supaya membubarkan Parlimen
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
1. KSN adalah pegawai pentadbir utama dalam perkhidmatan kerajaan
2. Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM
3. Tugas KSN ialah:
i. Penasihat pentadbir utama kepada PM
ii. Bertindak sebagai Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan
iii. Bertindak sebagai setiausaha kabinet
iv. Mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara
v. Mempengerusikan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN
1. Beliau merupakan penasihat utama kepada menteri
2. Bertanggungjawab kepada menteri bagi melaksanakan program kementerian
3. Merupakan pentadbir utama kementerian
SETIAUSAHA POLITIK
1. Dilantik oleh PM
2. Beliau biasanya bukan ahli Parlimen
3. Beliau boleh meletak jawatan atau dipecat pada bila-bila masa
4. Saraan beliau ditetapkan oleh Jemaah Menteri
KEMENTERIAN
1. Kementerian adalah agensi pentadbiran tertinggi dalam jentera pentadbiran kerajaan
2. Kementerian bertanggungjawab:
i. Menggubal dasar dan merancang program kementerian
ii. Merancang, mengawal dan menyelaras pelaksanaannya di bawah arahan menteri
iii. Mengawal jabatan dan badan berkanun di bawah tanggungjawabnya
3. Dari segi penyimpanan akaun pula, kementerian dibahagikan kepada:-
a. Kementerian yang mengakaun sendiri iaitu Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan
b. Kementerian yang tidak mengakaun sendiri iaitu kementerian lain selain kementerian di atas
4.
Posted by bayulalang
at 10:01 AM EST

Friday, 19 December 2008
YANG DIPERTUAN AGONG
Mood:
energetic
YANG DIPERTUAN AGONG
1. Kuasa Budi Bicara
i. Melantik Perdana Menteri
ii. Menyetujui atau menolak permintaan PM untuk membubarkan Parlimen
iii. Memanggil mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja
2. Kuasa Perundangan
i. Salah satu komponen Parlimen selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara
ii. Memberikan ucapan perasmian sidang pertama Parlimen.
iii. Berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen
iv. Memperkenan rang undang-undang yang diluluskan Parlimen sebelum boleh diwartakan
v. Melantik 44 orang Ahli Dewan Negara (Senator), Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara
3. Kuasa Pentadbiran
i. YDPA harus bertindak atas nasihat PM
ii. YDPA berhak mendapat maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan daripada kabinet
iii. Semasa mesyuarat Majlis Raja-raja YDPA diiringi oleh PM
iv. YDPA berkuasa melantik:
a. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak (atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja)
b. PM, Menteri dan Timbalan Menteri
c. Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara (atas nasihat PM)
d. Ketua Audit Negara (atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja)
e. Ahli-ahli Suruhanjaya (atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja)
4. Kuasa Kehakiman
i. Melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat PM setelah berunding dengan Majlis Raja-raja
ii. Hakim Mahkamah Sesyen atas nasihat Hakim Besar
iii. YDPA berkuasa mengampunkan kesalahan yang dilakukan:
a. Mahkamah Awam di Wilayah Persekutuan
b. Mahkamah Tentera
c. Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak dan negeri baginda sendiri
5. Kuasa lain YDPA
i. Ketua agama Islam di:
a. Negeri baginda sendiri
b. Negeri-Negeri Tidak Beraja
c. Wilayah Persekutuan
ii. Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia
iii. Berkuasa mengisytiharkan darurat dalam Persekutuan
iv. Menganugerahkan gelaran dan pingat kebesaran
v. Menganugerahkan surat watikah perlantikan duta-duta
vi. Bertanggungjawab memelihara kedudukan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak
vii. Memelihara kepentingan sah kaum bukan Melayu
Had Kuasa YDPA
1. Raja-raja boleh didakwa atas sifat-sifat rasmi di mana-mana Mahkamah Awam dan sifat-sifat peribadi di Mahkamah Khas Raja-Raja
2. Baginda tidak boleh menjalankan apa-apa kuasa di negeri baginda kecuali:
a. Sebagai Ketua Agama Islam
b. Kuasa meminda Perlembagaan Negeri
c. Melantik Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Negeri
3. Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang mempunyai saran atau pendapatan
4. Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam perniagaan
5. Tidak boleh meninggalkan Persekutuan lebih 15 hari kecuali lawatan rasmi ke luar Negara dan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
Posted by bayulalang
at 8:21 PM EST

KEWARGANEGARAAN
Mood:
energetic
KEWARGANEGARAAN
Terdapat 4 kaedah menjadi warganegara :-
1. Kuatkuasa undang-undang
Terdapat 2 golongan mengikut kaedah ini iaitu:
a. Orang yang dilahirkan sebelum hari Malaysia (16 Sept 1963)
b. Orang yang dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia
2. Pendaftaran (UNTUK ISTERI DAN ANAK WARGANEGARA)
a. Isteri yang masih bersuamikan warganegara, bermastautin selama 2 tahun sebelum permohonan, berniat untuk terus menetap dan berkelakuan baik
b. Anak yang berumur kurang daripada 21 tahun
3. Masukan
a. Bukan warganegara berumur lebih 21 tahun yang ingin menjadi warganegara
b. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi
i. Telah bermastautin selama 10 hingga 12 tahun
ii. Berniat untuk tinggal di Persekutuan
iii. Berkelakuan baik
iv. Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai
4. Cantuman Wilayah
a. Mana-mana Negara yang bercantum dengan Persekutuan, mengikut Perlembagaan penduduknya boleh menjadi warganegara
PENAMATAN MENJADI WARGANEGARA
1. Ada 2 kaedah kewarganegaraan ditamatkan:
a. Menolak kewarganegaraan secara sukarela
Syarat-syarat:-
i. Berumur 21 tahun ke atas
ii. Menjadi warganegara lain
iii. Siuman
iv. Perakuan penolakan didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan
b. Perlucutan kewarganegaraan oleh kerajaan
i. Telah dibuktikan tidak setia kepada Persekutuan melalui percakapan atau perbuatan
ii. Menjalankan perniagaan atau urusan dengan Negara musuh semasa Negara sedang berperang
iii. Tealah dihukum penjara tidak lebih 12 bulan atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak mendapat pengampunan dalam tempoh 5 tahun mulai tarikh menjadi warganegara
iv. Telah bermastautin di luar Negara melebihi 5 tahun tanpa mendaftar diri di pejabat Konsul
Posted by bayulalang
at 7:48 PM EST

Thursday, 18 December 2008
PEMBAHAGIAN KUASA ANTARA KERAJAAN PUSAT DENGAN NEGERI
Mood:
energetic
| Bil | Senarai Persekutuan | Senarai Bersama | Senarai Negeri |
| 1 | Hal ehwal luar negeri | Kebajikan masyarakat | Agama Islam |
| 2 | Pertahanan | Biasaiswa | Tanah |
| 3 | Keselamatan dalam negeri | Perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda | Undang-undang diri dan keluarga dan orang Islam |
| 4 | Undang-undang sivil dan jenayah serta pentadbiran keadilan | Perlindungan haiwan | Pertanian dan perhutanan |
| 5 | Kewarganegaraan | Perancangan bandar dan luar bandar | Kerajaan Tempatan |
| 6 | Jentera kerajaan persekutuan | Ternakan, pencegahan penganiayaan binatang | Jentera kerajaan negeri |
| 7 | Kewangan | Kutu rayau dan penjaja beredar | Hari kelepasan am negeri |
| 8 | Perdagangan dan perusahaan | Kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit | Penyu dan penangkapan ikan sungai |
| 9 | Perkapalan | Perancangan Bandar dan kampung | Undang-undang perkara negeri |
| 10 | Perhubungan dan pengangkutan | Pemulihan tanah lombong dan hakisan tanah | Undang-undang dan adat istiadat Bumiputera |
| 11 | Pendidikan | Perkapalan | Perbadanan dan pihak berkuasa ditubuh oleh negeri |
| 12 | Kesihatan | Air dan elektrik | Jabatan ukur tanah |
| 13 | Buruh dan keselamatan sosial | Pemaritan dan pengairan | Perpustakaan muzium serta rekod purba dan sejarah |
| 14 | Akhbar dan penapisan | Perumahan | Muzium |
| 15 | Syarikat kerjasama | Kebudayaan dan sukan | Kastam tempatan |
| 16 | Siasatan dan penyelidikan | Hiburan awam | Pelabuhan |
| 17 | Perikanan | Derma | Siasatan negeri |
| 18 | Kerjaraya dan tenaga pusat | Perkahwinan | Kerja-kerja negeri dan kerja-kerja air |
| 19 | Kebajikan orang asli | Nafkah | |
| 20 | Pelancongan | Penjagaan anak | |
| 21 | | Pengambilan anak angkat | |
| 22 | | Perikanan | |
| 23 | | Wasiat | |
| 24 | | Pencemaran makanan | |
| 25 | | Bekalan perkhidmatan air | |
Posted by bayulalang
at 11:16 PM EST

Newer | Latest | Older